Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, June 9, 2015

Bila Orang Dukung Anak Kita

Mesti ibu2 mengharapkan sesuatu bila orang mendukung anak kita... 
Tau x, sepanjang sis mempunyai anak pertama ni.. macam2 yang sis blaja...
terutama tentang "Bagaimana Cara seseorang itu dukung baby kite? "...

kadang tu mmg sakit hati tapi ade jugak yang mmg buat sis gembira...

Ada orang suka pegang baby tapi hanya sekadar pegang.. hanye dengan skit gurauan pastu terus main hp or main laptop yang ada di depan mata mereka... 
apa yang dieorang lupa adalah baby tu ...eee sakit kan hati.. yer la pada jangkaan kita.. 
mereka akan fokus pada baby kite tp pusing2 kepala rupanyer sebalik pulak...


Ada orang pulak suka ambil sambil lewa.. bila dah dukung pastu bagi pada orang lain untuk tengok kan .... so persoalan nya korang percaya anak korang tu sentiasa di perhatikan??.. terpulang pada jawapan korang.. tp sis.. 
worried too much coz nyawa ade 1 jerk.. hehe


Ada pulak yang dukung memang focus & bermain dengan baby sepenuh nyer..
macam mana nak tahu??? tengok bahasa tubuh manusia ni xsusah pown.. 
memang seronok rase macam selamat sangat... 
walaupun dukung sekejap tapi penuh makna..
best kan orang macam ni...




saja nak meluahkan ni semua untuk sharing perasaan ibu2 ni.. 
yerla siapa yang xsuka baby kan??? 
semua suka n semua pown nak dukung walaupun sekejap..  
tapi klu yang dukung tu pown sambil lewa or boleh mendatangkan sakit hati..
baik xpayah dukung.. bagi je kat mak die.. ok .. 

 If korang ade nak share pengalaman korang drop kat comment bawah tu
heheheheh 

Take Care of ur Own child For ur Own Goods!!

sakit tau bersalin... beringatlah








Monday, June 8, 2015

Princess Maryam Az-Zahrah Bersunat

Assalamualaikum,

Just nak share pasal sunat ni, hehehe memula tu memang perasaan macam takut sangat... macam2 bermain dalam kepala sis ni.. hahahah yang klakar nyer ummi maryam pula yang lebih takut kan.. hehehe biasa la tu ibu.. lagi2 ank pertama... yang xde pengalaman ni...

Sebenarnya doktor pernah memberitahu .. seelok-eloknyer biar la 5 ke 6 bulan tu bawa pergi sunat..
sekiranya awal sangat nanti bayi mudah terkejut..  so cukup baby Maryam 6 bulan mula la cari klinik or hospital yang buat perkhidmatan berkhitan area Balakong ni...

Sis n Husband pown cari dalam blog2 kengkawan lain n mula telefon.. mula dengan klinik di bangi kebanyakkan nyer berjadual so sis xnak la sebab bukan semua ada masa nk ikut jadual tu.. n excited sangat nak pergi harini dan selesaikan tugas ni harini jugak!! xsuka nanti2..

 Pastu jalan2 la kat google pulak.. tetiba jumpa 
Poliklinik An-Nur Bandar Mahkota Cheras .. 
maka call la tanyer

Dialog 

Husband : Assalamualaikum cik,..nak tanya tentang perkhidmatan 
                 berkhitan untuk baby perempuan ada x???

C.Service : Ada En.

Husband : Ada jadual hari ke cik utk sunat ni???

C.Service : Xde .. en walk-in je ke klinik.. perkhidmatan ni ada dari jam 9am sampai 10pm.. harga 
                  RM 39 shj..( baby gurl la.. boy xtahu.. sorry )

Husband : ok terima kasih.

( first impression : cust service die mmg xsombong bgus !!! )

so siap2 la kami .. tapi baby Maryam boleh tidur pulak..
hehehhe macam2 si comel ni kan.. 

 

bila die bangun terus keluar g ke klinik .. dekat je ngan rumah..




















klik bawah :

  1. Address: 
  2. jalan temengung 29, Papparich, 2, Jalan Temengung 7/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Kajang, Selangor, Malaysia


Doktor yang bertugas waktu ni


doktor sporting n cantik.., kawasan klinik memang tenang 

.. yang best nyer die macam faham je si ibu ni takut nak tengok baby Maryam sunat jadi sis biar kan husband yang tengok kan.. mmg sis lebih2 giler takut .. yer la xpernah tengok.. Proses sunat ni sekejap je xsampai beberapa minit.. tapi sis ni jer yang membayangkan lebih2 



Alhamdulillah Selesai .. sempat bergambar.. Baby Maryam skit pown xnangis.. 
bila balik pown xde masalah .. Maryam xmeragam .. mmg OK!! trust me .... hilang semua stress bile tengok baby xde apa2...

so hopefully info ni semua dapat bantu korang.. 

Monday, May 25, 2015

TIPS MENGURANGKAN GEJALA GEDIK ANAK PEREMPUAN

GEDIK adalah istilah terkini yang merujuk kepada aksi anak gadis yang menunjukkan gelagat yang agak 'menggatal' pada bahasa pasarnya. Ia menggambarkan naluri keinginan seorang anak gadis yang agak berlebih-lebihan untuk menarik perhatian lelaki.
Ekoran dari paparan isu tentang gejala zina atau seks bebas dan buang bayi kelmarin, maka ramai ibubapa yang tampil merujuk, khususnya tentang kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis mereka yang kelihatan gedik.
Sebenarnya ramai juga sebelum ini kalangan ibubapa yang meminta kami kongsikan beberapa tips untuk mencegah atau mematikan budaya ini di kalangan anak gadis mereka. Kini kami rasa sudah sampai masanya untuk kami kongsikan. Namun kami tidak mengharapkan perkongsian ini boleh diterima bulat-bulat oleh kebanyakan ibubapa kerana ada yang melibatkan konflik dengan minat dan nafsu ibubapa itu sendiri.
PERANAN BAPA
Untuk mengelakkan kerakusan naluri seorang gadis terhadap lelaki, ia memerlukan satu konsep 'imuniti' dari lelaki juga. Peranan ini harus dimainkan oleh bapa kandungnya sendiri sejak anak itu kecil lagi. Antaranya ialah dengan membanyakkan 'body contact' seperti dakapan dan kucupan bapa terhadap anak itu sejak kecil.
Bau hormon lelaki yang bersifat melindungi dari dakapan dan ciuman kasih seorang bapa yang diamalkan sejak kecil itu boleh mematikan atau 'mendidik nafsu' anak terhadap lelaki. Ia mampu memberikan satu pendidikan kepada anak gadis untuk membezakan tahap keikhlasan dan kekejaman seorang lelaki.
Pada masa yang sama amalan yang diamalkan sejak kecil ini juga berkesan untuk mengelakkan fenomena haruan makan anak. Sang bapa juga akan semakin kasih dan bersikap melindungi anak gadisnya apabila ia diamalkan sejak kecil secara istiqomah. Ibarat manusia yang memelihara haiwan kesayangan yang boleh dimakan seperti arnab, kuda, ayam, burung dan sebagainya. Biasanya kita tidak akan lalu memakan daging haiwan kesayangan itu apabila disembelih dan dimasak.
Anak gadis yang sudah rapat dengan bapa juga akan lebih matang dan bijak menilai kualiti seorang lelaki dan tidak jadi rakus untuk menerima sebarang lelaki sewenang-wenangnya. Si bapa pula akan jadi pakar rujuk untuk membantu anak gadisnya menilai lelaki yang baik untuknya. InsyaAllah anak ini akan terlindung melalui bantuan furqon dan perlindungan dari ayahnya atau melalui suami yang baik yang berjaya di pilihnya.
LATIH ANAK GADIS DENGAN SIFAT MALU SEJAK KECIL
Salah satu daripada usaha ke arah ini ialah dengan mengenakan pakaian yang sopan termasuk bertudung mengikut kehendak Allah sejak mereka kecil lagi. Amalan ini akan menjadikan anak kita mengamalkan sesuatu yang betul sejak kecil. Oleh itu jika kita tidak pasti bilakah saat nafsu anak kita terhadap lelaki akan terbit, maka mulakan sahaja sejak kecil.
Masalah besar yang menyukarkan anak gadis kita untuk mengubah penampilan dengan bertudung dan berpakaian yang syariah compliance hari ini ialah kerana mereka tidak dibiasakan sejak kecil. Mereka akan merasa teragak-agak dan keberatan untuk mengubah penampilan baru mengikut kehendak Allah kerana sudah terbiasa dengan amalan mendedahkan aurat dan gedik.
Seterusnya didik anak gadis kita agar tidak terlalu bebas bercampur dengan lelaki sejak kecil lagi, iaitu di peringkat pra-sekolah lagi. Bukan tidak boleh bercampur langsung, tetapi ajar mereka adab sopan sejak kecil agar mereka tahu membataskan diri mereka mana yang wajar dan sebaliknya. Jangan izinkan anak kita duduk terkangkang, terlompat-lompat, ketawa mengilai-ngilai, terjerit-jerit, dan lain-lain aksi kasar di hadapan bukan muhrim mereka.
Hari ini ibubapa tidak langsung memerhatikan semua perkara kecil sebegini. Malah ramai ibubapa yang dengan bangga membelikan pakaian yang ketat atau singkat untuk anak mereka. Maaf cakap kadangkala sengaja diajar anak gadis mereka menyanyi dan menari dengan lenggok yang sangat mengiurkan.
Kajian kami menunjukkan kita tidak perlu membiarkan anak kita dilihat beraksi begitu di depan lelaki buaya di luar sana. Cukup dengan bapa tiri, abang kandung, sepupu, bapa saudara, rakan sebaya yang berada di kejiranan yang biasa juga boleh terangsang untuk terbit keinginan memperkosa mereka. Jika anak gadis kita boleh dibiarkan berpakaian dan beraksi begitu, itu tanda kita dan anak kita berada pada tahap jahil. Pastinya golongan lelaki yang melihat mereka juga sejahil itu kerana kita berada pada zaman yang sama.
KESIMPULAN
Banyak sekali kes perkosaan di usia muda. Sedihnya ramai ibu bapa yang tidak tahu kerana ia tidak banyak tandanya. Anak itu tidak hamil kerana belum sempurna fungsi peranakannya tetapi sudah di barai sejak kecil.
Sebahagian dari musibah ini disebabkan kegilaan lelaki syaitan bertopengkan manusia dan tiada kaitan langsung dengan kehendak anak itu. Tetapi tidak salah jika kita mengambil langkah berjaga-jaga, mengikut petunjuk dan kehendak Allah sejak mula. Jangan sampai terjadi anak gadis kita di perkosa depan belakang, lalu dibunuh dengan kejam selepas ‘kerja’ syaitan ini selesai sepertimana yang dilapurkan berlaku di media.
Gejala gedik ini bermula terbitnya sejak kecil lagi dalam diri anak gadis kita. Oleh itu pencegahannya juga harus bermula sejak kecil, sejak mereka mula boleh bercakap dan faham apa yang kita katakan. Jangan pandang remeh dengan mengatakan anak itu belum ada nafsu kerana yang kita takuti ialah lelaki buaya yang memandang mereka itu sangat bernafsu sekali.
Jangan lupa fenomena haruan makan anak. Sekalipun anda adalah ayah kandung anak gadis anda, anda harus mulakan amalan ini (jika mahu mencuba) sejak kecil agar anda benar-benar menjadi 'tidak ada selera' untuk merosak anak sendiri. Bagi ayah tiri kami tidak melarang namun ia harus dimulakan lebih awal lagi, bukan ketika anda dapat anak tiri yang sudah remaja lalu anda peluk ciumnya.
Pendidikan itu wajib bagi setiap individu, dari buaian sampai ke liang lahad. Jadi biar siapapun kita, biar berapa umur kita, berapa tinggi pangkat kita, berapa banyak sijil kita, janganlah berhenti belajar dan menimba ilmu. 
Jadikan apa yang kami kongsikan ini satu tips, bukan satu ketetapan. Jika anda ada teknik yang lebih baik dan rasional, sila kongsikan di ruang komen. Lebih baik jika melalui inbox agar tidak menimbulkan fitnah. Semuga bermanfaat.
Kudap Parenting
WARGA PRIHATIN

Saturday, May 23, 2015

Biar Ku Tentu Kehidupan Ku

Setiap sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita Allah jadikan atas sesuatu sebab dan punya hikmah yang tertentu… tidak ada suatupun yang dijadikanNYa dan yang
 ditaqdirkanNYA berlaku itu dengan sia -sia dan tanpa perancangan….

 Kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah lah yang hebat dan yang pasti berlaku. kita merancang untuk hidup bahagia, dari mula bercinta sehingga ke akhir hayat, namun Allah merancang untuk menjadikan perkahwinan kita sebagai medan ujian ,,untuk melihat sejauh manakah kita mengaku menjadi hambaNYA.. namun dosa dan kebaikan yang kita lakukan adalah dengan pilihan kita sendiri dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti…
 Allah mengizinkan dan Dia yang Maha Mengetahui…

 Untuk isteri, yang paling utama bagi merawat hati yang terluka atas tindak tanduk 
suami adalah fikir dosa sendiri,.. jangan fikir dosa suami dan dosa orang lain.. nampak’ peranan’ kita dalam ‘mendorong ‘ suami berdosa… muhasabah diri kita…  kenapa ALLAH uji kita begitu…

Tiada guna kita asyik fikir kenapa suami sampai hati melakukan dosa, tidak takutkah dengan Allah, tidak ingatkah pada anak-anak.. tidak sayangkah pada kita dan bagai.. kerana ini bukan penyelesai masalah.. malah makin mengeruhkan suasana dan membuatkan kita semakin menderita sedangkan kita tidak mampu berbuat apa-apa.. ‘what done cannot be undone’..  dosa hanya terampun dengan taubat kepada ALLAH.. sesungguhnya DIA maha pengampun dosa-dosa besar…

Muhasabah diri kita.. apa yang tidak beres dalam hubungan dengan suami ,.. 
apa yang kite benci tapi die tetap buat walau telah ditegur atau ada isteri yang pendiam tidak bersuara walau tidak berkenan dengan perangai suami..simpan dan pendam dalam hati sehingga jadi nanah yang besar dan hanyir..bila pecah hanya tinggal bekas lombong yang besar kerana isi dah busuk…
adakah kerana mulut, yang kuat berleter dan menjawab.. adakah kerana muka yang mudah masam dan memuncung… adakah kerana lidah yang lincah mengeluarkan kata-kata yang 
pedih, penuh sinis dan sindiran … atau bagai..anggaplah ia kerana kafarah dosa kita sendiri atau sebagai ujian dari Allah untuk menaikkan martabat kita..

Untuk merawat hati yang terluka,..kita perlu fokus pada diri kita.. dosa kita dan hubungan kita sendiri dengan ALLAH.. tak boleh sekali-kali kita merasional hati kita bahawa kita perlu fikir tentang dosa dan tindak tanduk suami.. tak akan terubat hati kita..kerana fikirkan dosa suami hanya akan menarik bisikan syaitan, haiwan dan nafsu yang tidak pernah menjanjikan penyelesaian sebaliknya kemusnahan yang besar..

Nampaklah ALLAH dalam segala hal.. anggaplah ini sebagai kasih sayang ALLAH agar kita tidak terusan lalai,.. agar kita tersedar dari tipu daya dunia yang tak pernah alpa menarik manusia untuk terusan melupakan kehidupan yang sebenar di akhirat nanti..
insyaallah.. carilah ilmu atau rawatlah diri dari belenggu emosi dan bisikan buruk dalam hati kita..
sesungguhnya dunia ini hanya sementara..anak dan suami adalah tempat kita berbakti sebagai bekal di akhirat nanti..insyaallah..


Friday, May 22, 2015

MA.R.F ?

MARF FAMILY


Inilah kami.. hehe... sepanjang kehidupan kami banyak gile cabaran,
 Al- Maklum la bile nk  ke dunia baru ni mmg susah 
dan mencabar keimanan sikit ...?? sikit ?? 
x tp banyak sgt!! 

so blog ni khas untuk crite segala-galanyer....